Tentera Syria Bunuh 85 Orang Awam

GENEVA 11 Jan. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa sekurang-kurangnya 85 orang awam terbunuh akibat serangan udara tentera Syria dan sekutunya di kawasan pemberontak yang dikepung di Ghouta Timur sejak 31 Disember lalu.
Ketua hak asasi manusia PBB, Zeid Ra'ad al-Hussein berkata, keadaan di kawasan terakhir pemberontak yang dikepung berhampiran Damsyik itu menyamai bencana kemanusiaan.
"Kawasan-kawasan perumahan dibedil pada waktu siang dan malam sama ada melalui serangan darat dan udara memaksa orang awam bersembunyi di ruang bawah tanah," katanya dalam satu kenyataan, semalam