Ghouta Diancam Krisis-Tentera Kerajaan Didakwa Lancar Serangan Guna Gas Sarin, Klorin

January 17, 2018

BEIRUT 14 Jan. - Nasib kira-kira 400,000 pen­duduk di Ghouta Timur, Syria yang terkepung akibat konflik, ibarat ‘telur di hujung tanduk’ apabila tentera kerajaan meningkatkan usaha terakhir un­tuk menawan daerah itu yang me­ru­pakan satu daripada kawasan dikuasai pemberontak.

 

Namun dalam usaha tersebut, tentera kerajaan didakwa menggunakan gas sarin dan klorin ke atas orang awam dengan video mengerikan akibat serangan ter­sebut yang dimuat naik di laman media sosial mula tular semalam.

 

Video tersebut memaparkan mayat orang awam termasuk ka­nak-kanak bergelimpangan di jalan raya di Ghouta Timur dipercayai terhidu gas beracun.

 

Sejak operasi itu dilancarkan pada 29 Disember lalu, tentera kerajaan tanpa henti membedil kawasan terbabit menerusi se­rangan darat dan udara yang di­sokong oleh jet pejuang Rusia sekali gus daerah berkenaan bakal diheret dengan krisis kemanusiaan terburuk seperti yang berlaku di Aleppo sebelum ini.

 

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria sebagaimana lapor Al-Jazeera, sejak dua ming­gu operasi ketenteraan dilancarkan, sebanyak 179 orang awam terbunuh termasuk 51 orang ka­nak-kanak dan 38 orang wanita.

 

Serangan gas klorin di Ghouta Timur dilaporkan secara meluas di Twitter dan disahkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Syria yang lebih dikenali sebagai White Helmets.

 

Pakar senjata kimia dan penggerak kemanusiaan, Kolonel Hamish de Bretton-Gordon yang dipetik Mail Online sebagai berkata, rakaman yang diambil daripada telefon bimbit merakamkan asap menyerupai jerebu menyelubungi sebatang jalan raya de­ngan kepulan awan berwarna kuning kehijauan.

 

Di tengah-tengah keadaan pa­nik itu, seorang lelaki dapat dide­ngar melaungkan ‘Alkulur’, perkataan bahasa Arab yang merujuk kepada klorin.

 

De Bretton-Gordon berkata, beliau mempunyai bukti yang boleh dipercayai bahawa gas sarin juga digunakan dalam serangan bom tangan dan mortar untuk memerangkap penduduk yang bersembunyi di bawah tanah.

 

Pakar itu yang juga Pengarah Bersama Doctor Under Fire berkata, pihaknya ada dimaklumkan oleh sebuah hospital tempatan yang merawat tujuh pesakit akibat terhidu gas klorin namun tiada kematian direkodkan.

 

Kali terakhir gas sarin digunakan adalah pada April tahun lalu sehingga mendorong Amerika Syarikat (AS) melancarkan seba­nyak 59 peluru berpandu di sebuah lapangan terbang Syria.

 

Sementara itu, keganasan di Ghouta Timur berlaku serentak dengan peningkatan serangan tentera kerajaan di wilayah Idlib dengan kira-kira 280,000 penduduk dilapor sudah melarikan diri dari kawasan berkenaan.

 

Seperti di timur Damsyik, kerajaan Syria cuba menghancurkan kumpulan-kumpulan pemberontak namun Idlib menjadi kawasan terpenting bagi pemberontak sebagai satu daripada kubu terakhir mereka.



 

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.