Agamawan, Artis Bersatu Turun Lapangan Bantu Kempen #SaveRohingya

January 19, 2018

1/9

 

Suhu pagi ini mencecah 15 darjah celcius. Kami gagahi bergerak menuju kem pelarian lagi membawa baki sumbangan yang berbaki. Insha Allah, fokus kali ini menyiapkan Masjid al-Muhajirin dan beberapa tambahan telaga air serta khemah yang akan dibina terutama kepada pelarian yang baru sampai. 

 

Misi kali ini disertai oleh Maulana Helmi dan vokalis kumpulan XPDC,  Ali serta 5 delegasi rombongan yang termasuk Dato’ Seri Zin Mohamed, bekas Menteri JKR dan Dato’ Abdul Malek mantan Ketua Pegawai Daerah Kuala Selangor. Selepas munajat akhir di Ijtima’ Biswa Tabligh sedunia, mereka hadir ke Cox’s Bazar sebagai tanda sokongan. Kami akan bersama sekitar 4 hari 3 malam bagi memenuhi amanah misi kali ini.

 

“Alhamdulillah sekitar 4 bulan, bermula sejak Okt 2017 hingga awal Jan 2018 kami mewakili MAPIM Negeri Sembilan telah berjaya menghulurkan bantuan hampir mencecah RM350,000. Semua ini telah diterjemah dalam beberapa bentuk sumbangan yang merangkumi pembinaan 2 buah masjid, 1 buah madrasah 182 buah telaga tube (water tumb well), 73 khemah penginapan (shelter), 1500 makanan, selimut dan wang ringgit bernilai RM 21,000” ujar Shukri Othman, penolong penyelaras MAPIM Negeri Sembilan.

 

Semua ini adalah hasil sumbangan orang ramai yang peka dan prihatin. Sumbangan yang ini berjaya memberi manfaat hampir kepada 20,000 pelarian dibeberapa kem pelarian utama seperti Balukhali, Mainnerghona, Shamlapur dan Thangkali.

 

Sumbangan terus ditagih kerana sehingga kini pelarian masih terus masuk ke Bangladesh tanpa henti. Kini, pelarian hampir mencecah 830,000 orang. Isu ini pasti akan kekal berlarutan dan penyelesaian masih menemui jalan buntu. Kami pernah ditanya bagaimana ia akan akhir, ringkas kami menjawab yang utama kita kena mula membantu. 

 

Maklumat lanjut berkenaan projek pembangunan kem pelarian Rohingya di Cox's Bazar boleh didapati di lamam sesawang www.tabungrohingya.com

 

Azlan Zainal
MAPIM Negeri Sembilan
Cox’s Bazar, Bangladesh

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.