Rejim Myanmar Mengaku Bunuh Etnik Islam Rohingya

January 19, 2018

SITTWE – Tentera Myanmar mengakui anggotanya telah membunuh 10 etnik Islam Rohingya yang ditangkap, ketika serangan awal bulan September, tahun lalu.

 

Ketua tentera itu dalam satu kenyataan berkata, anggotanya mengaku melakukan pembunuhan.

 

“Pasukan keselamatan telah menjalankan ‘operasi pembersihan’ pada 1 September, mereka mengaku membunuh 10 orang etnik Rohingya,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Ketua Panglima, Senior General Min Aung Hlaing.

 

Ini kali pertama pengakuan tersebut dibuat selepas krisis kemanusiaan berlaku di Myanmar, sehingga memaksa ratusan ribu penduduk Rohingya melarikan diri dari kampung halaman mereka.

 

Tentera Myanmar telah melancarkan serangan balas di utara negara itu sebagai tindak balas kepada serangan warga Rohingya pada 25 Ogos, yang menyebabkan penghijrahan lebih daripada 650,000 penduduk Rohingya Muslim.

 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengutuk perbuatan tentera sebagai pembersihan etnik. Myanmar bagaimanapun menafikan, dengan mengatakan bahawa pasukannya menjalankan operasi pengawalan ketenteraman yang sah.

 

Pada 18 Disember, tentera Myanmar mengesahkan terdapat kubur besar yang mengandungi 10 mayat di kampung penginapan Inn Din, kira-kira 50km (30 batu) di utara ibu negeri Sittwe. 

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.