5 Pelarian Rohingya Maut Di Lautan

April 9, 2018

BANDA ACEH: Lima pelarian Rohingya yang terkandas hampir tiga minggu di tengah laut berjaya diselamatkan sekumpulan nelayan Indonesia, semalam.

 

Ketua Misi Mencari dan Menyelamat Aceh Timur, Abdul Musafir, berkata semua pelarian itu pada awalnya terdiri daripada 10 orang, namun lima daripadanya meninggal dunia akibat kebuluran dan mayat mereka terpaksa dibuang di tengah laut.

 

Menurut beliau, operasi menyelamat itu dilakukan beberapa hari selepas sekumpulan pendatang Rohingya tiba di Malaysia.

 

"Kumpulan yang diselamatkan nelayan kami itu terdiri daripada dua lelaki berusia 28 dan 38 tahun, seorang wanita berusia 20 tahun, remaja perempuan berusia 15 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

 

"Mereka dilihat berada dalam sebuah bot kecil di antara perairan Thailand dan Myanmar, kira-kira 325 kilometer dari wilayah Aceh," katanya.

 

Beliau berkata, semua pelarian itu dibawa pulang ke Aceh dan tiba awal pagi tadi.

 

"Kumpulan berkenaan memberitahu mereka bersama 24 pendatang Rohingya yang lain tetapi terpisah di pertengahan jalan dan terkandas kira-kira 20 hari di tengah laut.

 

"Lima rakan mereka meninggal dunia akibat kebuluran dan mayat mereka terpaksa dibuang di tengah laut," katanya

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.