Rakyat Palestin Adalah Sasaran ‘Sniper’ Kami: Menteri Israel

April 9, 2018

ALQUDS – Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman berkata, setiap rakyat Palestin adalah sasaran penembak tepat (sniper) kami.

 

“Mestilah difahami bahawa tiada insan tidak berdosa di Gaza.

 

“Semua berkomplot dengan Hamas, dibayar oleh Hamas. Semua aktivis mereka cuba mencabar kami dan perhimpunan di sempadan adalah antara operasi ketenteraan mereka,” kata Lieberman dalam satu wawancara di stesen Radio Israel.

 

Kenyataan Lieberman dipetik portal The Times of Israel semalam dan mendapat kritikan daripada aktivis media pro-Palestin.

 

“Kenyataan rasmi Lieberman ini menjawab persoalan mengapa tentera Israel menembak rakyat Palestin yang berhimpun di sempadan dalam siri himpunan Great Return March,” kata jurnalis Ben Abyad.

 

Sebelum ini, tentera sniper Israel telah menembak puluhan peserta himpunan antaranya jurnalis, Yaser Murtaja yang memakai jaket PRESS ketika membuat liputan perhimpunan pada Jumaat lepas.

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.