MAPIM Kutuk Assasinasi Imam Palestin

April 21, 2018

Kenyataan Media

 

21 hb April 2018

 

MAPIM KUTUK ASSASINASI IMAM PALESTIN

 

MAPIM mengutuk dan mengecam assasinasi Dr Fadi Albatsh seorang imam warga Palestin dan pensyarah universiti swasta di KL pagi ini keika berjalan menuju ke surau dikawasan kediamannya untuk solat subuh.

 

Mapim menyampaikan ta'ziah kepada keluarga almarhum dan berharap mereka  bersabar menghadapi ujian berat ini.

 

Tembakan sebanyak 10 das ke arah Dr Fadhi seperti dilapur oleh media, jelas bahawa ianya adalah assasinasi yang telah dirancang dengan rapi.

 

Berita mengejut ini adalah sangat menyedihkan kerana Malaysia sepatutnya menjadi tempat selamat untuk warga Palestin atau kepada mana-mana pelarian akibat konflik di negara asal.

 

Insiden membunuh secara terbuka dikawasan awam oleh pembunuh upahan kini nampaknya menjadi gejala yang tidak asing di Malaysia. 

 

Kejadian pembunuhan sebegini  menandakan jenayah bersindiket untuk mensasar seseorang mangsa di Malaysia semakin bertapak di negara ini yang selama ini dianggap negara aman dan boleh menjadi tempat perlindungan untuk warga Palestin dan warga lain.

 

Asasinasi warga Korea yang lalu juga menunjukkan adanya percubaan menjadikan Malaysia tempat melancarkan operasi jenayah bersindiket. 

 

Pembunuh upahan yang beroperasi di Malaysia bukan suatu yang asing lagi.

 

Kami mengesa pihak polis menjalankan siasatan

terperinci untuk mengesan penjenayah dan pihak yang mendalangi assasinasi ini.

 

Assasinasi warga Palestin kini telah berlaku di beberapa negara yang melibatkan operasi inteligen Mossad Israel.

 

Kami mengesa siasatan ini dilaksanakan segera untuk membongkar motif assasinasi tersebut .

 

Malaysia tidak boleh dibiar menjadi tapak sindiket pembunuhan secara upahan.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden MAPIM.

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.