Israel Minta Mesir Halang Kemasukan Jenazah Dr Fadi

April 24, 2018

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman dilaporkan meminta pihak berkuasa Mesir supaya tidak membenarkan mayat Dr Fadi M R Albatsh Fatma dibawa masuk ke Semenanjung Gaza.

 

Menurut laporan portal berita Palestin News Network, Lieberman berkata menerusi satu kenyataan kepada media tempatan, pihaknya sudah menghantar permintaan itu menggunakan kaedah konvensional dan menegaskan perkara itu tidak terletak di bawah bidang kuasanya memandangkan kawasan sempadan Rafah berada di bawah kuasa Mesir.

 

"Kerajaan Israel mengulangi keputusan yang pernah dibuat sebelum ini iaitu menghalang mayat pejuang Hamas dibawa masuk ke Gaza untuk dikebumikan," katanya.

 

Menteri Pendidikan, Naftali Bennett, turut berkongsi pandangan yang sama, berkata pihaknya tidak akan membenarkan mayat Fadi dibawa pulang ke Gaza, kecuali pihak Hamas bersetuju untuk memulangkan dua mayat tentera dan dua rakyat Israel yang didakwa ditahan oleh Hamas.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi Sabtu, Fadi yang berasal dari bandar Jabalia di utara Gaza maut ditembak dua suspek menunggang motosikal berkuasa tinggi ketika berjalan menuju ke surau tidak jauh dari pintu masuk hadapan sebuah kondominium di Setapak, di sini.

 

Pihak Kedutaan Palestin dan keluarga Fadi dilaporkan dalam proses membawa pulang jenazah Fadi ke Gaza untuk dikebumikan dan kini menunggu kelulusan daripada kerajaan Mesir.

 

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.