ICC Didesak Bertindak Isu Rohingya

May 31, 2018

 

DHAKA 30 Mei – Sekumpulan peguam kepada pelarian Rohingya menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyiasat pasukan tentera Myanmar selepas golongan minoriti tersebut menegaskan penindasan akan terus berlaku jika tiada tindakan diambil segera.

 

Portal berita News Sky mela­porkan, peguam hak asasi manusia, Wayne Jordash berkata, tanpa usaha dan tumpuan untuk mengheret pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan, jenayah penindasan terhadap Rohingya akan terus berlaku.

 

“Kami dapat rasakan bahawa pasukan tentera Myanmar akan terus menindas etnik Rohingya kerana pihak berkuasa negara itu berpendapat mereka kebal dengan tindakan undang-undang,” katanya.

 

Namun, Jordash menegaskan bahawa perkara itu tidak akan menghalang beliau dan rakan-rakannya untuk terus mendesak ICC mengambil tindakan serta menghukum pihak yang bertanggungjawab.

 

ICC bagaimanapun tidak boleh mengambil sebarang tindakan jika Myanmar enggan atau tidak bersedia menghukum pihak yang didakwa melakukan jenayah merentasi sempadan.

 

Selain itu, kumpulan peguam berkenaan juga mendakwa anggota tentera Myanmar memasu­ki kawasan sempadan Bangladesh yang merupakan negara anggota ICC untuk menindas etnik Rohingya.

 

Jelas Jordash, pihaknya akan mempertahankan bahawa berlaku penindasan berterusan terhadap etnik Rohingya dan ICC perlu meneliti semua kes jenayah yang melibatkan pihak berkuasa Myanmar di Bangladesh.

 

Dalam perkembangan lain, keadaan angin kencang dan hujan lebat memusnahkan kira-kira 500 buah rumah di pekan Shwe Pyi Tha di Yangon.

 

Cuaca ekstrem itu juga menyebabkan banyak pokok tumbang sehingga terputus bekalan elektrik dan sedang menghala negeri Rakhine yang merupakan kawasan penempatan Rohingya.

 

Namun, tiada sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

 

Sumber :

 

http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/peguam-desak-icc-bertindak-isu-rohingya-1.682483

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.