Doakan Misi Ke Gaza Berjaya

June 6, 2018

 

WAKIL Malaysia dalam misi ‘Wake-Up 4 Gaza : Freedom Humanitarian Mission,’ Dr Ahmad Sani Araby Al Kahery, berlepas ke Gaza, hari ini.

 

Dia yang dinamakan sebagai duta Malaysia ke misi itu akan berada di Gaza selama 10 hari bersama 18 lagi delegasi mewakili Eropah dan Timur Tengah.

 

Katanya, ia adalah satu amanah besar yang dipikul bukan saja kerana mewakili negara, malah imej Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia sebagai antara NGO yang diberi kepercayaan membantu umat Islam di Gaza.

 

"Saya mohon rakyat Malaysia doakan misi ini berjaya kerana ada saudara kita yang perlu dibantu sedaya mungkin. Saya mungkin terperangkap di dalam kancah perang, mudah-mudahan misi ini selesai dan bantuan yang akan diusahakan ini sampai kepada mereka," katanya sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

 

Setiausaha Agung MAPIM Zulhanis Zainol, kumpulan nasyid Hijjaz, pelajar Gaza dan Syria di Malaysia dan wakil NGO antarabangsa turut hadir memberikan sokongan.

 

Ahmad Sani berkata, elegasi akan memasuki sempadan Rafah Rabu ini dan dijangka keluar pada Hari Raya pertama dengan antara lokasi yang akan diberikan tumpuan seperti Gaza City, Jabalia, Beit Lahia dan Beit Hanoun.

 

Katanya, antara objektif utama misi ini adalah memberi sokongan mewakili badan kemanusiaan antarabangsa yang aktif dalam hal pendidikan, pembangunan semula Gaza dan hal berkaitan advokasi selain menyelia projek kemanusiaan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang diuruskan oleh MAPIM sepanjang tahun.

 

"MAPIM juga sudah melancarkan Tabung Dana Bantuan Kecemasan Gaza dan mensasarkan jumlah RM1.5 juta sepanjang misi dijalankan. 

 

Sumbangan boleh disalurkan di https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

 

Sumber :

 

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/06/346536/doakan-misi-ke-gaza-berjaya-metrotv

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.