Menteri Pertahanan Lawat Pelarian Rohingya Di Cox's Bazar Julai ini

June 28, 2018

 

SHAH ALAM: Kementerian Pertahanan akan melawat kem pelarian Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh awal bulan depan.

 

Menterinya, Mohamad Sabu, berkata pada lawatan itu, pihaknya turut membawa kemudahan logistik termasuk bantuan perubatan, khemah, serta bahan makanan.

 

Katanya, dalam lawatan itu, kira-kira 60 petugas yang berkhidmat di sana akan diraikan dalam majlis sambutan Aidilfitri.

 

"Kita akan bertolak pada awal pagi, 4 Julai ini menggunakan pesawat tentera. Pesawat ini mempunyai kapasiti kargo yang luas dan boleh memuatkan pelbagai bantuan yang mahu disalurkan kepada kem pelarian berkenaan.

 

"Oleh itu, orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkannya kepada Biro Kebajikan Parti Amanah Negara (PAN). Bantuan berbentuk makanan seperti coklat, gula-gula dan roti amat dialukan," katanya ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri PAN dan Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini.

 

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.