Pengawal Sempadan Myanmar Tembak Budak Rohingya

June 29, 2018

 

Pengawal sempadan Myanmar menembak dan mencederakan seorang kanak-kanak lelaki Rohingya yang sedang bermain di kawasan bebas antara sempadan dekat Bangladesh, hari ini, kata seorang ketua masyarakat.

 

Ansar Ullah, 10, ditembak berhampiran pagar kawat berduri yang dibina Myanmar di kawasan sempadannya yang turut dikenali sebagai 'zero line'.

 

"Beberapa kanak-kanak bermain berhampiran pagar hari ini apabila sebutir peluru hidup dilepaskan dari pos Polis Pengawal Sempadan Myanmar (BGP) lalu terkena Ansar," kata ketua masyarakat, Dil Mohammad.

 

Kanak-kanak malang itu mengalami kecederaan di bahagian paha dan dikejarkan ke sebuah hospital yang dikendalikan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) di dalam sebuah kem Rohingya untuk dirawat.

 

Seorang lagi ketua masyarakat, Mohammad Arif turut melahirkan kemarahan susulan kejadian itu.

 

"Adakah seorang kanak-kanak berusia 10 tahun tanpa senjata menjadi ancaman kepada mereka? Amat memalukan mereka melepaskan tembakan ke arah kanak-kanak tidak bersenjata," kata Mohammad.

 

Komander dari Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB), Leftenan Kolonel, Manzurul Hasan Khan berkata, tembakan itu datang dari kawasan bebas antara sempadan.

 

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan adakah peluru itu datang dari pos BGP.

 

"Kami akan menghantar nota bantahan kepada BGP," katanya.

 

 

Sumber :  

 

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/06/442910/pengawal-sempadan-myanmar-tembak-budak-rohingya

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.