Rejim Zionis Lancar Serangan Udara

July 16, 2018

 

BAITULMUQADDIS 15 Julai - Ribuan orang awam Palestin dijangka terus menjadi sasaran Israel dalam percubaan rejim Zionis untuk melancarkan serangan terhadap pejuang Hamas di genting Gaza.

 

Penganalisis politik, Robert Inlakesh memberitahu portal berita Press TV, Israel akan terus menjadikan orang awam Palestin sebagai mangsa kerana takut dengan tindak balas serius sekiranya mereka membedil kubu pejuang pergerakan Hamas.

 

“Kita boleh menjangkakan kemungkinan puluhan ribu orang awam akan terkorban akibat bedilan tentera Israel yang se­ngaja melakukan kekejaman itu untuk mencetus provokasi terhadap Hamas.

 

“Tentera Israel tidak mampu membedil pejuang Hamas kerana takut kehilangan tentera mereka dan mereka sebenarnya pengecut. Mereka tidak mampu menentang Hamas di medan perang,” katanya.

 

Semalam, Israel melancarkan serangan udara terbesar di Gaza sejak perang 2014, mengorbankan dua penduduk Palestin dan menyebabkan lebih 25 lagi ce­dera.

 

Rejim Zionis dan pergerakan Hamas berbalas balas serangan susulan ketegangan selama berbulan-bulan yang meningkatkan risiko meletus perang keempat di wilayah Gaza sejak 2008.

 

Pihak berkuasa berkata, tiga warga Israel cedera apabila satu roket Hamas terkena sebuah rumah di bandar Sderot sementara dua remaja Palestin berusia 15 dan 16 tahun terbunuh akibat sera­ngan udara Israel terhadap sebuah bangunan di barat Gaza City.

 

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata, pergerakan yang mentadbir Gaza itu bersetuju dengan tawaran Mesir untuk mengembalikan gencatan senjata bagi menghentikan keganasan.

 

Seorang jurucakap tentera Israel enggan mengulas, namun berkata, tindakan pasukannya bergantung kepada situasi di kawasan tersebut.

 

Asap tebal dilaporkan menyelubungi beberapa bahagian di Gaza, ketika Israel membedil sasaran kononnya milik militan termasuk sebuah ba­ngunan dilengkapi terowong yang didakwa digunakan Hamas sebagai kemudahan latihan.

 

Di Israel, siren serangan udara menyebabkan ramai penduduknya melarikan diri ke tempat perlindungan di beberapa kawasan mengelilingi Gaza ketika roket dan mortar dilancarkan dari kawasan Palestin ke komuniti berhampiran.

 

Israel berkata, kira-kira 200 roket dan mortar dilancarkan dan Hamas menegaskan pihak­nya terpaksa menyerang sebagai tindak balas terhadap serangan udara itu.

 

Dalam pada itu, menurut portal berita Press TV, Menteri Hal Ehwal Ketenteraan Israel, Avigdor Lieberman menggesa penutupan kedutaannya di Ireland berikutan perundangan negara itu yang mahu menyekat kema­sukan produk import dari kawasan penem­patan haram Israel.

 

Rabu lalu, Israel memanggil Duta Besar Ireland selepas negara itu meluluskan undang-undang baharu itu.

 

Rang Undang-undang Kawalan Aktiviti Ekonomi (Wilayah Pendudukan) yang diluluskan di Parlimen Ireland dengan sebahagian besar blok politik utama negara menyokongnya. – AFP

 

Sumber :

http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rejim-zionis-lancar-serangan-udara-1.709653

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.