Tingkat Usaha Bawa Pulang Rohingya Dengan Selamat - UNSC


NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC) menggesa Myanmar meningkatkan usaha bagi memastikan semua pelarian Rohingya dapat pulang ke negara mereka dalam keadaan selamat dan sukarela.


Pada satu majlis tertutup di ibu pejabat PBB di sini, kesemua 15 negara anggota mendesak Myanmar mewujudkan bantuan pembangunan sosial dan ekonomi selain meningkatkan kemudahan untuk menjamin kepulangan pendatang Rohingya ke negeri Rakhine.


"Kesemua anggota UNSC berterusan menekankan kepentingan untuk mengadakan siasatan secara bebas dan telus ke atas semua tuduhan pencabulan serta penderaan hak asasi manusia," kata majlis berkenaan dalam satu kenyataan.


Wakil PBB ke Myanmar, Christine Schraner Burgener berkata, kerajaan mengalu-alukan kepulangan ratusan ribu pelarian Rohingya ke Rakhine.


"Pihak berkuasa kerajaan secara terbuka mengisytiharkan bahawa mereka mahu membawa semua pelarian terbabit pulang," katanya.


Burgener bagaimanapun mengakui situasi yang masih tegang di Rakhine antara penduduk minoriti Islam dan golongan terbesar, penduduk beragama Buddha.


"Mereka mahu membawa semua pelarian ini pulang tetapi harus dalam keadaan selamat dan sukarela dengan cara penuh bermaruah dan berterusan," kata Burgener.


Sumber :

https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2018/07/453077/tingkat-usaha-bawa-pulang-rohingya-dengan-selamat-unsc


Check our website: http://www.tabungrohingya.com/

Find us on Facebook: https://www.facebook.com/MapimOfficial

Subscribe to our channel: http://www.youtube.com/MediaMAPIM

Follow us on Twitter: https://twitter.com/MapimOfficial

#Kematian #Genocide #Sumbangan #Bantuan #Kecemasan #Pelarian #Rohingya #Perkauman #Myanmar #Bangladesh #Kemanusiaan

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts
Recent Posts
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.