STARLIGHT-1 ATM Kembali Selepas Misi Bantuan

August 30, 2018

 

KUALA LUMPUR: Seramai 49 pegawai dan anggota kumpulan pertama pasukan Operasi STARLIGHT-1, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkhidmat di Hospital Medan Malaysia (HMM) di Cox’s Bazar, Bangladesh, sejak Februari lalu, selamat kembali ke tanah air.

 

Kumpulan ini, yang mula mengambil-alih pengoperasian HMM daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ditugaskan memberikan bantuan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada pelarian Rohingya, serta warga Bangladesh di kawasan berhampiran.

 

Pergerakan pulang kesemua 49 pegawai dan anggota ATM terbabit yang diketuai Komander Misi, Briged Jeneral Dr Adnan Abdullah, itu dilaksanakan melalui dua peringkat membabitkan 29 orang tiba di Malaysia pada 24 Ogos lalu manakala selebihnya hari ini.

 

Tujuan utama operasi HMM Cox’s Bazar adalah untuk menzahirkan hasrat murni kerajaan Malaysia dalam memberi bantuan kemanusiaan khususnya kepada pelarian Rohingya yang sedang berlindung di Bangladesh.

 

Keseluruhan operasi HMM itu dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan Bangladesh dan Angkatan Tentera Bangladesh, serta dibantu oleh KKM, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sukarelawan Malaysia.

 

Sejak dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan Operasi Starlight-1, HMM Cox’s Bazar turut berfungsi sebagai pusat rujukan utama bagi tiga hospital medan lain iaitu Hospital Medan Turki, Medicine Sans Frontier (MSF) dan Hospital Persekutuan Palang Merah Antarabangsa (IFRC) selain rujukan kepada 286 pusat kesihatan premier yang diuruskan oleh NGO antarabangsa.

 

HMM yang dilengkapkan dengan peralatan canggih dan berkeupayaan membuat pembedahan ‘Laparoskopik’ di medan juga berjaya menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada sekitar 1.2 juta pelarian Rohingya di Cox’s Bazar selain mengatur gerak Pasukan Perubatan Mudah Alih ke kem pelarian bagi setiap dua minggu dengan pelbagai khidmat kesihatan.

 

Selain itu di HMM sendiri sebanyak 754 prosedur pembedahan kecemasan dan berkesan bagi menyelamatkan nyawa, 59 prosedur menyambut kelahiran bayi dan 1,813 rawatan pergigian berjaya dilaksanakan.

 

Majlis sambutan kepulangan pasukan Operasi Starlight-1 ini disempurnakan Panglima Angkatan Bersama (PAB), Laksamana Madya, Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Othman, di Wisma Transit, ATM, hari ini.

 

Sumber :

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/467643/starlight-1-atm-kembali-selepas-misi-bantuan

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.