Korban di Palu, Sulawesi Terus Meningkat

October 1, 2018

 

PALU (INDONESIA) : Jumlah kematian akibat tsunami dan gempa bumi meningkat kepada 832 semalam dan dijangka terus meningkat, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengumumkan pengebumian besar-besaran bagi membendung wabak penyakit.

 

Amaran turut diberikan bahawa jumlah kematian sebenar boleh mencecah angka ribu manakala orang ramai mengerumuni rumah mayat sementara untuk mencari ahli keluarga yang hilang dan pada sama, pihak berkuasa masih meneruskan kerja mengesan mangsa lain.

 

“Jumlah kematian akan terus meningkat,” kata jurucakap agensi bencana alam nasional, Sutopo Purwo Nugroho.

 

“Hari ini kami akan memulakan kerja-kerja mengebumikan mayat mangsa untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit,” katanya.

 

Penyelamat di Sulawesi terpaksa bertungkus lumus dalam keadaan serba kekurangan untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan, dengan sehingga 60 orang dikhuatiri berada di bawah sebuah hotel di sini.

 

 

Gambar disediakan oleh Istana Presiden Indonesia memperlihatkan Presiden Indonesia, Joko Widodo (kiri) melihat sebuah rumah yang rosak ketika dia mengunjungi kawasan yang dilanda bencana tsunami di Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia. 

 

TOPSHOT - Rescue personnel evacuate earthquake survivor Ida, a food vendor, from the rubble of a collapsed restaurant in Palu, Indonesia's Central Sulawesi on September 30, 2018, following the September 28 earthquake and tsunami. - The death toll in Indonesia's quake-tsunami disaster nearly doubled to more than 800 on September 30, as ill-equipped rescuers struggled to reach scores of trapped victims, health officials resorted to mass burials and desperate residents looted shops for food and water. 

 

 

Mereka juga memberitahu terdengar bunyi suara orang dan tangisan kanak-kanak dari bawah runtuhan.

 

Dalam satu kenyataan di Twitter, Sutopo turut memberi amaran kepada penduduk untuk tidak mempercayai amaran palsu mengenai beberapa lagi tsunami serta gempa bumi yang tersebar di media sosial.

 

Bencana alam yang dahsyat di Palu itu menyebabkan penduduk berada dalam keadaan terdesak dan kelaparan, lalu terpaksa memecah masuk kedai untuk mendapatkan bekalan asas seperti makanan, air serta minyak.

 

Memahami keadaan yang begitu runcing, kerajaan berjanji akan membayar semula ganti rugi kepada peniaga dan memohon maaf kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk mencegah.

 

Sila senaraikan semua barang yang diambil dan jumlahnya. Kami akan bayar semula ganti rugi itu,” kata Menteri Keselamatan, Wiranto.

 

Sumber :

 

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/10/480198/korban-di-palu-terus-meningkat

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.