Bantuan Asing Semakin Pantas Di Indonesia

October 4, 2018

PALU: Usaha antarabangsa membantu mangsa terselamat dalam gempa bumi dan tsunami di Indonesia semakin pantas hari ini ketika kebimbangan meningkat terhadap ratusan ribu penduduk yang berdepan kekurangan makanan dan minuman, enam hari selepas bencana melanda.

 

Penduduk terdesak di pantai barat pulau Sulawesi itu mencari sisa makanan di ladang dan kebun ketika kerajaan bergelut menangani kekurangan bekalan makanan, air, perlindungan dan bahan api dalam zon bencana, ditambah ketiadaan bekalan elektrik dan komunikasi terhad.

 

Huru-hara berlaku ketika penduduk berang di bandar utama rantau ini di sini, sejauh 1,500 kilometer di timur laut Jakarta, menjarah kedai dan berlegar-legar di lapangan terbangnya, berusaha mencari mana-mana pesawat untuk keluar.

 

Angka rasmi kematian akibat gempa magnitud 7.5 Jumaat lalu meningkat kepada 1,407 orang, ramai terbunuh akibat ombak tsunami yang tercetus dengan jumlah itu mungkin meningkat.

 

Kebanyakan mangsa disahkan maut di bandar ini dan kehilangan di kawasan terpencil tidak diketahui. Komunikasi terputus manakala jambatan dan jalan raya musnah atau tersekat akibat tanah runtuh.

 

Usaha antarabangsa untuk membantu sedang dipersiapkan selepas kerajaan berjaya mengatasi keengganan menerima bantuan asing.

 

“Kerajaan Indonesia berpengalaman dan dilengkapi dalam menguruskan bencana alam, namun kadang kala, seperti mana negara lain, bantuan luar juga diperlukan,” kata Penolong Setiausaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan dan Bantuan Kecemasan, Mark Lowcock dalam satu kenyataan.

 

Beliau mengumumkan peruntukan sebanyak AS$15 juta (RM62.1 juta).

 

“Melihat kepada skala dan kerumitan kecemasan, agensi dan pertubuhan kemanusiaan PBB bekerja rapat dengan rakan kerajaan untuk menyediakan bantuan menyelamat nyawa,” katanya. Indonesia sering terdedah kepada gempa bumi dan tsunami.

 

Pada 2004, gempa bumi di luar pulau Sumatera mencetuskan tsunami di seluruh Lautan Hindi yang mengorbankan 226,000 orang di 13 negara, termasuk lebih 120,000 di Indonesia.

 

Langkah keselamatan dilaksanakan selepas bencana termasuk sistem amaran tsunami gagal Jumaat lalu atas pelbagai sebab, termasuk kecuaian kerajaan, kekurangan dana dan vandalisme.

 

Sistem boya pengesan tsunami tidak berfungsi sejak 2012. Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo berkata minggu ini, ia perlu dibaiki dan diselenggara dengan baik.

 

Persekutuan Palang Merah Antarabangsa dan Persatuan Bulan Sabit Merah semalam berkata, ia merayu bantuan sebanyak 22 juta Swiss francs (RM91.08 juta) untuk membantu Indonesia.

 

Indonesia berkata, kira-kira 20 negara menawarkan bantuan.

 

Sementara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercakap menerusi telefon dengan Jokowi dan menawarkan bantuan segera, kata Rumah Putih semalam.

 

Jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert memberitahu media di sini, AS menyediakan dana awal, mengerah pakar bencana kerajaan dan bekerja sama untuk mengenal pasti bantuan lain yang boleh diberi.

 

Sumber : 

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/10/481465/bantuan-asing-semakin-pantas-di-indonesia

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.