
PALU: Lebih seribu mangsa mungkin masih hilang, selepas bencana tsunami pemusnah di Indonesia, kata pihak berkuasa, hari ini.
Perkembangan itu menunjukkan meningkat drastik jumlah mangsa hilang, selepas bencana terbabit.
Bandar Palu di pulau Sulawesi musnah, selepas dilanda gempa bumi kuat dan tsunami yang memusnahkan banyak rumah serta menghanyutkan kenderaan dengan jumlah kematian kini 1,571 orang.
Jumlah mangsa disahkan hilang masih 100 orang, namun wujud kebimbangan masih terlalu ramai tertimbus di bawah kompleks perumahan kerajaan besar di Balaora di mana gempa kuat menyebabkan tanah menjadi lumpur.
“Mungkin lebih 1,000 masih hilang. Namun, kami tidak boleh mengesahkan kerana mungkin ada yang berjaya melarikan diri,” kata jurucakap agensi mencari dan menyelamat Indonesia, Yusuf Latif.
Selepas tertangguh selama berhari-hari, bantuan antarabangsa mula sampai secara perlahan ke zon bencana di mana kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hampir 200,000 memerlukan bantuan kemanusiaan.
Sumber :
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/10/482278/gempa-palu-lebih-1000-mangsa-mungkin-hilang
Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!
DANA MAPIM
5622 6354 0066
