Mayat Dalam Lumpur Reput, Berulat

October 8, 2018

 

 

PASUKAN sukarelawan Malaysia semalam menyertai anggota penyelamat tempatan termasuk Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Palang Merah Indonesia (PMI) mencari mayat mangsa di Petobo di sini yang ditimbus lumpur hitam akibat tsunami dan gempa bumi pada 28 September lalu.

 

Pegawai dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang membantu usaha mencari di kawasan itu mengakui mereka berhadapan situasi sukar kerana mayat mangsa sudah reput dan kawasan pencarian seluas lebih 440 hektar.

 

Menyifatkan tsunami dan gempa bumi yang memancutkan lumpur hitam dari bumi sehingga menenggelamkan kawasan itu sebagai pelik, sukarelawan mengakui usaha mencari bertambah sukar apabila jentera berat dan anggota sukarelawan terhad.

 

Bagi Pegawai Logistik MAPIM, Hidayat Abdullah, malapetaka itu sukar dijelaskan dengan kata-kata dan menyifatkannya sesuatu yang menakutkan.

 

 

 

“Saya difahamkan ketika tragedi, berlaku gempa bumi kuat sebelum lumpur hitam memancut tanpa henti dari dalam bumi.

 

“Lumpur setinggi bangunan empat tingkat itu menelan perkampungan itu sebelum ribuan kediaman dan hampir 7,000 penghuni digulung ‘ombak’ lumpur hitam.

 

Timbunan lumpur

 

“Hanya 100 mayat mangsa ditemui setakat ini dan beribu lagi tertanam dalam timbunan lumpur dan tanah,” katanya.

 

Naib Presiden MAPIM, Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery turut menyertai operasi mencari di kawasan itu.

 

Menceritakan operasi jam 11 pagi semalam, Hidayat berkata, mereka menemui mayat empat mangsa yang sudah reput dan dipenuhi ulat.

 

“Mayat dua wanita dan seorang bayi juga ditemui tidak jauh dari kedudukan mayat pertama. Semua mayat terbabit dipercayai adalah empat sekeluarga yang gagal menyelamatkan diri apabila perkampungan itu dihanyutkan lumpur hitam,” katanya.

 

Usaha memindahkan mayat itu perlu dilakukan dengan berhati-hati berikutan bimbang tubuh mangsa terpisah ketika diangkat ke dalam plastik khas.

 

Sementara itu, Kapten (PA) Nik Abdul Aziz Nik Mohd, berkata kawasan bencana lumpur Petobo terlalu luas menyebabkan operasi mencari mangsa yang tertimbus hampir mustahil diselesaikan dalam tempoh seminggu dua.

 

Tragedi membentuk timbunan sisa runtuhan rumah dan tanah membukit yang menutupi perkampungan dengan keluasan lebih 440 ekar.

 

Sementara itu wartawan NSTP yang turut berada di lokasi bencana itu semalam, mendapati penduduk Petobo yang terselamat dilarang memasuki kawasan itu oleh pasukan TNI.

 

Rata-rata mereka masih memenuhi tapak lokasi tragedi bagi mengetahui nasib ahli keluarga masing-masing yang gagal ditemui sejak lapan hari lalu.

 

Kebanyakan mangsa itu dikatakan menghuni khemah sementara bagi mangsa gempa bumi di Desa Ngatabaru, Loru, dan Parovo, Kawatuna.

 

Sumber :

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/482800/mayat-dalam-lumpur-reput-berulat

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.