Penemuan yang pasti meninsafkan saya dan kita semua.
Pengalaman di lokasi bencana baik di Nepal, Di Garut Indonesia, di Bangau Bangau Semporna banyak penemuaan cebisan ayat-ayat suci Al Quran di zon bencana yang seolah-olah berbicara kepada saya secara terus menerus.
Adakah ia kebetulan atau ia memang mesej jelas dari Sang Pencipta iaitu Allah SWT.
Al Quran yang masih lembab akibat gempa dan tsunami di Masjid Nurul Yaqin, Pantai Mamboro Palu Sulawesi Tengah, yang ditemukan saya sendiri pada 6 Oktober memberi suatu mesej kepada saya yang kebetulan terpapar surah.
Al Baqarah ayat 59 :
Maksudnya:
59. Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).
Persoalannya, adakah ini suatu kebetulan setelah lebih dari 3 penemuan yang sama di lokasi bencana atau ia sememangnya pesanan dan amaran dari Pemilik Alam ini iaitu Allah SWT kepada kita semua.
InshaAllah saya akan kongsi pengalaman ini dalam sesi perkongsian dan ibroh bencana di Malaysia.
Kongsilah kalau ianya memberi MANFAAT kepada kita semua.
Sumber :
https://www.facebook.com/johan.ariff3/posts/10156695903816112
Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!
DANA MAPIM
5622 6354 0066
