Indonesia Pertingkat Usaha Cari Mangsa Menjelang Tarikh Akhir

October 10, 2018

 

PALU: Pekerja penyelamat di Indonesia meningkatkan usaha mencari mangsa gempa bumi dan tsunami, berharap dapat menemui seberapa banyak mayat yang boleh sebelum tarikh akhir menamatkan kerja mereka Khamis ini.

 

Seramai 5,000 mangsa gempa bumi berukuran 7.5 dan tsunami pada 28 September lalu belum ditemui, kebanyakannya tertimbus dan aliran lumpur yang muncul dari bawah tanah apabila gegaran itu mengubah tanah menjadi cair.

 

Angka kematian rasmi meningkat kepada 2,010 hari ini, kebanyakannya di Palu di pantai barat Sulawesi, kira-kira 1,500 kilometer ke timur laut Jakarta.

 

Lebih 10,000 pekerja penyelamat mengharungi sampah, termasuk di tiga wilayah berhadapan kecairan tanah di selatan bandar raya itu.

 

“Kami tidak pasti apa akan berlaku selepas ini, kami cuba bekerja sepantas yang boleh,” kata seorang pekerja penyelamat, Ahmad Amin, 29, merujuk kepada tarikh akhir, ketika berhenti rehat di Balaroa.

 

Agensi mitigasi bencana kebangsaan akan menamatkan usaha itu Khamis ini, menyatakan kebimbangan mengenai penularan penyakit.

 

Sampah akan dibersihkan dan kawasan mayat ditanam akan dijadikan taman, arena sukan dan taman peringatan.

 

Sekurang-kurangnya sembilan jengkaut membersihkan runtuhan di Balaroa hari ini, memecahkan bangunan dan kenderaan.

 

Sekurang-kurangnya 12 mayat ditemui.

 

“Masih ramai kanak-kanak yang hilang, kami mahu mencari mereka secepat mungkin.

 

“Tidak kisah jika mereka ialah keluarga saya atau tidak, apa yang penting adalah mencari seberapa banyak yang boleh,” kata Amin.

 

Agensi mitigasi bencana berkata, usaha mencari dipertingkatkan dan memberi lebih tumpuan di kawasan ramai orang dipercayai tertimbus.

 

Sumber :

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/10/483923/indonesia-pertingkat-usaha-cari-mangsa-menjelang-tarikh-akhir

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.