Ramai Mengemis Makanan

October 10, 2018

 

BENCANA gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Palu, Sulawesi, Indonesia, menyebabkan ramai kanak-kakak di sini, menjadi pengemis makanan di jalanan.

 

Mereka berkeliaran membawa kotak atau baldi plastik tanpa malu meminta sumbangan setiap pemandu kenderaan yang melalui kawasan bencana membabitkan sepanjang pantai Talise, Donggala dan Sigi.

 

Ternyata bantuan makanan disalurkan kepada mangsa bencana tidak dilakukan secara menyeluruh berikutan masih ramai mangsa terutama di kawasan pedalaman terus menagih simpati.

 

“Tolong sedekah mi segera atau air minuman, kami lapar. Moga Allah SWT memberkati hidup bapak!,” rintih seorang kanak-kanak yang ditemui wartawan ketika melalui Desa Loli Saluran, Donggala di sini, semalam.Rajab Alqadry, 10, dan dua rakannya jelas gembira apabila diberikan sumbangan biskut dan beberapa paket mi segera. 

 

“Kami tidak mahu wang...kami mahu makanan dan air minuman. Cuaca amat panas kini,” katanya yang kemudian berlari ke arah sebuah kereta di belakang penulis untuk meminta sumbangan.

 

Situasi sama turut dilihat sekitar Desa Wani, Pantai Barat Donggala dan Desa Tosale, Benawa Selatan di sini, yang turut dilanda gempa bumi dan tsunami.

 

Tagih simpati pemandu

 

Linda Effin, 22, pula terpaksa membawa bayinya Safiah Seykan, 2, untuk menagih simpati pemandu kenderaan melalui kawasan Tipo, Ulujadi di sini.

 

“Saya perlukan makanan dan air. Kebanyakan orang ramai memberikan mi segera dan botol air.

 

“Saya berharap ada penyumbang memberikan susu bayi dan makanan berkhasiat,” katanya yang ditemani sepupunya, Effa Layoror, 35.

 

Difahamkan bencana besar yang berlaku 11 hari lalu menyebabkan 2,736 sekolah mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan.

 

Sehingga semalam sesi persekolahan di sini, masih belum dapat dimulakan lagi.

 

Sementara itu, angka kematian akibat gempa bumi dan tsunami di Palu sudah melebihi 1,763 mangsa sejak 11 hari lalu, malah dipercayai lebih 5,000 lagi mangsa hilang akibat terbenam dan gagal ditemui sehingga kini.

 

Bagaimanapun, sehingga kini, Kerajaan Indonesia masih belum mengisytiharkan darurat atau status bencana nasional terhadap malapetaka menimpa Palu, Sulawesi Tengah Indonesia.

 

Ada berpendapat tindakan mengisytiharkan darurat boleh menjejaskan kedatangan ramai pelancong asing, sekali gus merugikan ekonomi dan sektor pelancongan.

 

Gempa ini dikatakan lebih teruk berbanding gempa bumi di Padang, Sumatera pada 2009 atau di Pidie Jaya, Aceh pada Februari tahun lalu, malah ia melumpuhkan sepenuhnya ekonomi bandar Palu dan menelan jumlah nyawa amat besar.

 

Pada masa sama, ramai hairan sikap dingin Kerajaan Indonesia terhadap tawaran bantuan antarabangsa biarpun Kementerian Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia mengumumkan membuka pintu kepada negara jiran yang mahu membantu menangani bencana pasca gempa bumi dan tsunami itu.

 

Wartawan yang berada di Palu sejak enam hari lalu mendapati bilangan sukarelawan asing dibenarkan memasuki negara ini amat sedikit berikutan pelbagai syarat ketat dikenakan.

 

Pihak pemerintah Indonesia jelas tidak menginginkan bantuan makanan, pakaian atau ubat-ubatan, sebaliknya mahu khidmat pesawat bagi proses pemindahan tentera dan mangsa, alat penapis air bersih, generator elektrik dan doktor pakar.

 

Tidak kurang ramai yang mengkritik penganjuran Persidangan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia di Bali, Indonesia bermula semalam, yang didakwa pembaziran besar pada ketika mangsa bencana memerlukan lebih banyak dana bantuan.

 

Namun, pihak pemerintah Indonesia yang kerap berdepan bencana alam saban tahun mempunyai kaedah tersendiri bagi menangani isu ini.

 

Kota Palu mula bangkit perlahan-lahan apabila aktiviti perniagaan dan bekalan elektrik beransur pulih bermula kelmarin, malah peniaga dilihat menjaja sayuran di kaki lima serta pasar tradisional, selain bengkel membaiki kenderaan mula dibuka.

 

Puluhan stesen minyak menjual diesel dan petrol sudah beroperasi, sekali gus membolehkan penduduknya menggerakkan semula ekonomi.

 

Sumber :

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/483558/ramai-mengemis-makanan

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.