Operasi Mencari Mangsa Gempa, Tsunami Tamat

October 12, 2018

 

 

PALU: Usaha mencari mangsa yang yang terbunuh dalam bencana gempa dan tsunami di Sulawesi telah diberhentikan petang ini meskipun kira-kira 5,000 lagi orang masih hilang.

 

Gempa magnitud 7.5 disusuli tsunami memusnahkan banyak kawasan di Palu pada 28 September lalu.

 

Lebih 2,000 mayat telah ditemui sejak bencana itu melanda pulau Sulawesi.

 

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengakui khuatir bahawa lebih 5,000 lagi mangsa masih tertimbus selepas beberapa kampung ditelan bumi.

 

Anggota penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan, tugas yang disukarkan lagi kerana lumpur yang kembali keras dan mayat mereput dipanah matahari.

 

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk mangsa berakhir petang ini,” kata pengarah operasi berkenaan di Palu, Bambang Suryo.

 

Pihak berkuasa pada awalnya memberitahu bahawa kawasan yang paling teruk terjejas tidak akan diusik kerana dikategorikan sebagai perkuburan mangsa yang terkorban.

 

Beberapa taman dan tugu telah dirancang untuk dibina di tiga kawasan paling teruk iaitu Balaroa, Petobo dan Jono Oge – sebagai memperingati beribu-ribu mangsa yang tidak akan ditemui lagi.

 

Zon berkenaan musnah kerana fenomena pencecairan tanah iaitu apabila gempa mengubah keadaan tanah menjadi umpama pasir jerlus.

 

Bantuan kemanusiaan telah banyak dihantar ke bandar terbabit tetapi aktiviti pemulihan dikritik kerana terlalu perlahan.

 

Ada pasukan penyelamat asing dihalang bergerak bagi membantu mencari mangsa yang maut atau hilang.

 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, 200,000 orang dalam keadaan terdesak memerlukan bantuan kemanusiaan segera di Palu terutama air minuman dan ubat yang semakin kehabisan.

 

Selain itu, kira-kira 80,000 orang kehilangan tempat tinggal kerana bencana itu dan kebanyakannya mendirikan khemah di luar bekas kediaman mereka.

 

Sumber :

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/10/484681/operasi-mencari-mangsa-gempa-tsunami-tamat

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.