Tsunami 'Melompat' Kubah Masjid

October 15, 2018

 

SEBUAH masjid di pinggir Palu berdiri kukuh ketika bencana besar yang melanda pada 28 September lalu, selepas saksi melaporkan air tsunami ‘melompat’ melepasi kubahnya.

 

Saksi, Muhammad Alif Firmanyah, 18, berkata, ketika gempa 7.5 magnitud dan tsunami yang menyusul, dia serta anggota jemaah Masjid Jami Pantoloan bersiap untuk solat maghrib, malah azan sedang dilaungkan, lapor Tribun News.

 

Masjid itu dilaporkan cuma 50 meter dari pantai.

 

“Ketika itu saya sedang mengambil wuduk. Apabila gempa berlaku semua orang bertempiaran berlari keluar kerana bimbang ditimpa bangunan. Bagaimanapun, bilal tetap meneruskan azan sehingga selesai sebelum menyelamatkan diri.

 

“Semua yang berlari jatuh kerana tanah bergegar dan dalam panik mereka terus berdoa serta berzikir. Ketika tsunami melanda, air langsung tidak membadai masjid kami.

 

Sebaliknya, gelombang air setinggi pokok kelapa itu ‘melompat’ masjid dan terbelah apabila melepasi kubahnya,” katanya.

 

Sementara itu, Jawa Pos memetik saksi lain, Ismail, 49, berkata, air cuma memasuki masjid dari bahagian belakang selepas tsunami berlalu.

 

“Namun airnya tidak dalam, cuma sekitar paras lutut. Memang tidak logik, namun saya percaya ini adalah kuasa Allah kerana masjid ini memang digunakan setiap hari untuk solat berjemaah serta mengaji,” katanya. 

 

Sumber :

https://www.hmetro.com.my/global/2018/10/386443/tsunami-melompat-kubah-masjid

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.