Palu Ketandusan Keperluan Asas

October 17, 2018

 

KOTA PALU: Kebanyakan penduduk yang terjejas di kota ini semakin ketandusan barangan keperluan asas atau 'sembako' selepas pasca gempa bumi dan tsunami di Kota Palu memasuki hari ke-17.

Sembako merupakan bahasa tempatan yang merujuk kepada barangan keperluan asas penduduk seperti beras, gula, minyak masak, susu, daging, telur ayam selain bekalan air bersih.

Penduduk di kawasan perumahan Bank Tabungan Negara (BTN) di Petobo, Mohd Ayob, 63, mendakwa beliau belum menerima bantuan sejak hari pertama kawasan itu dilanda bencana.

"Kawasan lain seperti di Belaroa, Donggala dan Sigi juga belum menerima apa-apa bantuan."Kalau ada pun bantuan yang diberikan sangat terbatas, tanyalah penduduk di sini jika anda tidak percaya, mereka tidak mendapat bantuan sembako," kata anak jati Petobo itu ketika ditemui Bernama.

Ayob berharap pihak pemerintah bertindak lebih pantas dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat yang terjejas.

"Wali Kota (Gabenor) seharusnya mengetahui nasib masyarakat di sini," katanya.

Siti Aisyah, 34, pula mahu lebih banyak bantuan untuk golongan ibu dan kanak-kanak disalurkan ke kawasan Petobo.

"Kami sudah hilang segalanya, rumah, wang dan harta benda, tiada lagi yang tinggal untuk saya gunakan bagi membeli susu buat anak-anak," katanya.

Gempa bumi 7.7 pada skala Richter dan tsunami yang melanda Palu, 28 Sept lalu setakat ini telah mengorbankan lebih 2,000 nyawa dengan lebih 30,000 lagi penduduk terkesan akibat tragedi berkenaan.

Sementara itu, bantuan makanan misi kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sebanyak 10 trak yang mengandungi pek makanan, kit solat, susu bayi dan keperluan lain dijadual tiba di Palu, pagi ini.

 

Sumber :

http://www.astroawani.com/berita-dunia/mangsa-gempa-dan-tsunami-palu-ketandusan-sembako-188327

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.