'Trak Malaysia' Buat Palu Tersenyum

October 17, 2018

Sebanyak 10 trak misi kemanusian bencana dari Malaysia memasuki Kota Palu untuk mengedar bantuan seperti kelengkapan solat, makanan, pek kebersihan, susu bayi dan tuala wanita.

 

 

PALU: Senyuman manis terukir di wajah penduduk dengan kehadiran 10 buah 'trak Malaysia' di jalanan Kota Palu berlatarkan runtuhan bangunan di sini hari ini.

Senyuman itu penuh bermakna, namun mudah untuk menterjemah apa makna di sebaliknya.

Kegembiraan, kelegaan dan kesyukuran, itulah yang dapat wartawan tafsirkan mengenai senyuman itu, sesuatu yang sekian lama hilang sejak warga kota ini diuji dengan tragedi gempa bumi dan tsunami pada 28 Sept lalu.

 

Ini kerana, 'trak Malaysia' yang dibaluti Jalur Gemilang itu membawa muatan berupa barangan keperluan iaitu 3,000 pek makanan, 2,000 pek kebersihan (hygiene pack), 2,000 pek solat mengandungi sejadah dan telekung selain susu bayi, susu ibu mengandung, lampin bayi dan tuala wanita

 

 

Sebahagian kanak-kanak melambaikan tangan mengucapkan terima kasih kepada konvoi misi kemanusian bencana yang diketuai oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Jalan Malonda Kota Palu hari ini. 

 

 

Bantuan itu merupakan sebahagian daripada program misi kemanusiaan kali kedua oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Jelas, bantuan ini tiba tepat pada masanya, di saat penduduk semakin kesempitan keperluan asas dan masih berusaha untuk bangkit daripada tragedi menyayat hati itu.

Trak yang membawa bekalan itu selamat tiba di Palu selepas menempuh perjalanan darat sejauh lebih 900 kilometer dari Makassar dengan perjalanan memakan masa kira-kira 37 jam.

Kesemua barangan bantuan berkenaan akan diedarkan sepenuhnya kepada mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di kawasan sekitar Palu pada esok.

 

Sumber :

http://www.astroawani.com/berita-dunia/trak-malaysia-buat-palu-tersenyum-188419

 

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.