Airmata Warga Palu Gugur Lagi

October 24, 2018

 

KOTA PALU, (Sulawesi Tengah), 18 Okt (Bernama) -- Tangisan dan linangan air mata mangsa bencana gempa bumi dan tsunami di Palu hari ini mengiringi tazkirah disampaikan penceramah terkenal, Kamarudin Abdullah bertajuk ‘Palu : Penyembuhan Semangat dan Emosi’, di pusat pemindahan mangsa (Posko) di Kabonena, di sini.

 

Tazkirah khas bagi memberi motivasi kepada penghuni pusat itu gagal membendung kesedihan apabila suasana sayu jelas terpapar di wajah mereka sebaik Kamarudin, anak didik pendakwah terkemuka, Dr Zakir Naik, memulakan ceramah. “Palu, bangkitlah, Malaysia bersama anda, saat anda sakit, kami saudara anda di Malaysia, sakit bersama, bangkit kerana ini adalah ujianNya, ayuh kembalikan semangat kita untuk terus melangkah dalam kehidupan,” katanya di awal ceramah yang diadakan di bawah kanpi khas di pusat itu.

 

Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) itu yang turut terkesan kesedihan menyampaikan tazkirah kira-kira 10 minit yang memperlihatkan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap nasib mangsa.

Kamarudin, Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang 2018 adalah antara 40 sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang kini berada di bumi Indonesia bagi menjalankan misi kemanusiaan membantu mangsa bencana gempa bumi dan tsunami di Palu.

 

Sumber :

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1655432

Please reload

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

DANA MAPIM

5622 6354 0066

Featured Posts

Massacre in Myanmar - Send Peace Troops Now

August 26, 2017

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.