Anda Mencari Peluang Menyumbang Kepada Pelarian Rohingya Dengan Mudah Secara Online?

BANTUAN ANDA BERUPAYA

SELAMATKAN NYAWA & RINGANKAN DERITA

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

"Kini lebih 1,592,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 100,000 di Thailand dan 60,000 di Malaysia. Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah dan ternakan; pemusnahan masjid, tidak dibenarkan membaiki masjid, ratusan masjid di musnah dan diganti dengan Pagoda Buddha; perkahwian dan pergerakan dihadkan hanya dengan keizinan tentera; penangkapan, penyiksaan tanpa bicara; perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha."

SOROTAN INFLUX

25 OGOS 2017

Sejajar dengan trend dari empat minggu yang lalu, pergerakan atau kemasukan para pelarian UMN (Undocumented Myanmar National termasuk Rohingya) di seluruh sempadan dilaporkan telah berkurangan, berbanding peringkat awal sejak 25 Ogos 2017.

Kebanyakan ‘spontaneous sites’ yang banyak didirikan sebelum ini di sepanjang jalan di daerah Ukhia, Teknaf dan Coxs Bazar telah berkurangan kerana mereka telah berpindah di kem pelarian berdaftar seperti di Balukhali, Kutupalong, Jamtoli, Mainnerghona dan lebih dari 20 kem pelarian dan ‘Makeshiftcamps’ di sepanjang Ukhia ke teknaf.

Pusat-pusat edaran bantuan kemanusiaan masih dikawal sepenuhnya oleh tentera infantri Bangladesh.

Setiap bantuan kemanusiaan baik bersifat ‘Food Item’ mahupun ‘Non Food Items’ mestilah didaftar dan dilaporkan kepada setiap kem komandan pos tentera yang ada pada setiap kem pelarian di Coxs Bazar. 

TABURAN PELARIAN

5 APRIL 2018

KEADAAN TERKINI PELARIAN MUSLIM ROHINGYA DI BANGLADESH

FOOD PACK RM150/USD36
Kebanyakan pelarian baru dalam penempatan sementara dan tapak spontan..
[klik untuk baca lagi]
HOME SHELTER RM900/USD225
Pelarian Rohingya yang telah tiba sejak 25 Ogos 2017 memerlukan tempat perlindungan..
[klik untuk baca lagi]
WATER TUBE PUMP RM1700/USD431
Setiap blok di khemah pelarian yang telah didaftarkan..
[klik untuk baca lagi]
INFAQ MASJID (SEBARANG AMAUN)
Dengan keluasan 3600 kaki persegi, menerusi sumbangan rakyat Malaysia..
[klik untuk baca lagi]
BLANKET 4 ROHINGYA RM150
Saban tahun bermula November hingga Februari, Bangladesh akan memasuki cuaca sejuk..
[klik untuk baca lagi]
WAKAF & INFAQ (SEBARANG AMAUN)
Muslim Rohingya juga memerlukan bantuan kewangan..
[klik untuk baca lagi]
Show More

Sejarah awal  orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun  ke-7 di Negeri Arakan. Mereka memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Episod duka keatas mereka berpanjangan sejak sekian lamanya kerana isu agama dan etnik minoriti.

 

Ramai yang telah berhijrah ke negara lain demi kelangsungan hidup dan generasi hadapan namun tidak kurang juga yang cedera hatta kehilangan nyawa demi mempertahankan maruah serta aqidah yang semakin luntur. 

Masyarakat Rohingya  sudah berada di Malaysia sejak  kira-kira 20 tahun  yang lalu. Anak-anak Rohingya memerlukan pendidikan sama seperti anak-anak lain di Malaysia, malangnya mereka tidak dibenarkan bersekolah di sekolah kerajaan.

Ramai daripada mereka tidak mendapat sebarang pendidikan formal namun harus mengharungi kehidupan seperti penduduk Malaysia. Tanpa pendidikan termasuk kemahiran 3M, mereka akan terdedah kepada pelbagai

penipuan, kerugian, penyalahgunaan kuasa dan sindiket pemerdagangan manusia.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu dari Nabi SAW beliau bersabda:

"Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat.

 

Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akanemudahkannya di dunia dan di akhirat.

 

Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat.

 

Allah sentiasa menolong seseorang selagi mana beliau suka menolong saudaranya"

 

(HR. Muslim)

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

 

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.