Dana
Bantuan
Kecemasan

RescueSyria!

Menerima berita saban hari akan kisah sedih kematian anak-anak kecil Syria yang berdepan cuaca sejuk terlampau. Terbaru anak pelarian Syria di kem Lubnan ini meninggal dunia setelah tewas dalam kedhaifan pakaian serta kelengkapan musim sejuk yang dilaporkan semakin teruk melanda. Bantuan sudah diagihkan namun masih jauh tidak mencukupi. Peduli anda berupaya selamatkan nyawa anak kecil yang kesejukkan ini. 

Bersama kita mmenyokong misi kemanusiaan musim sejuk RescueSyria ini untuk menghantar bantuan kecemasan kepada pelarian Syria yang berada di Jordan, Lebanon & Syria. Walaupun pihak MAPIM telah menghantar bantuan demi bantuan namun laporan yang diterima jauh tidak mencukupi kala musim sejuk ini. Keadaan bertambah krtikal apabila musim sejuk saat ini direkodkan jumlah kematian kanak-kanak yang kesejukkan semakin meningkat!

Wake-Up
and 

RescueSyria!

RescueSyria Mission

Projek RescueSyria merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada rakyat Syria yang berada dalam keadaan sangat terdesak. Misi ini didokong oleh beberapa NGO seperti Yayasan Dr. Rozmey, Salimah, #PEKA, Skuad Tamak Pahala, PUM dan SHURA. Turut menyokong bersama adalah barisan artis seperti Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Hijjaz, Pawarna, FarEast, Sham Kamikaze, Ali Terarosa, Bienda & Siti Nordiana.

RescueSyria Project Update

MAPIM BINA 200 KHEMAH PELARIAN SYRIA DIPINGGIR LANTAKIA
Bakal tambah 500 khemah lagi sebelum Ramadhan 2016

Project Update

RescueSyria Emergency Aid Summary Mission Report 2013-2016

21 Units

Syria Water Well
Wakaf Project

Setiap sebuah telaga sedang berkhidmat menyalurkan bantuan air bersih kepada lebih 5,000 penduduk Syria yang terdesak. Jumlah keseluruhan penduduk yang menerima bekalan air bersih ini mencapai anggaran 100,000 orang. MAPIM telah berjaya mengali dan membina 17 buah menerusi infaq rakyat Malaysia. Kos mengali dan membina tangki ini berharga RM25,000.

MAPIM telah berjaya menghantar 2 buah van Ambulan kepada Hospital di Idleb & Azaz untuk keperluan yang mendesak. Ambulance menjadi antara target utama pesawat tempur regim namun keperluannya juga teramat tinggi untuk membawa pesakit yang parah ke hospital. Laporan hospital menyatakan sehari van ini berkhidmat untuk lebih dari 50 kes.Kos wakaf sebuah van ambulance ini beharga RM60,000 (terpakai)

2 Units

Wakaf Van
Ambulance

20 Units

ReActivate
Masjid Wakaf Project

Akibat serangan bom, ribuan masjid rosak & musnah. MAPIM telah memilih 10 masjid dalam fasa 1 untuk dipulihkan. Sebuah masjid berupaya menampung minima 600 jemaah. Selain bersolat, MAPIM fokuskan menganjurkan majlis ilmu dan kelas al-quran untuk masyarakat setempat bagi menghidupkan kekuatan ilmu & berjemaah. Kos wakaf pemulihan semula sebuah Masjid berjumlah RM10,000.

500
Families

Food Basket
Aid Project

Menerusi kajian dilapangan menunjukkan jutaan penduduk menjadi pelarian dalam & luar Syria. Selain dari tidak mempunyai tempat tinggal tetap, mereka juga berhadapan dengan masalah bekalan makanan yang runcing. MAPIM telah berjaya menghantar bekalan "Food Pack" kepada keluarga yang purata mempunyai 6 ahli. Kos bantuan Food Pack ini berharga RM150 untuk sebuah keluarga. Bekalan ini untuk sebulan sahaja.

TOTAL RM 425,000

TOTAL RM 120,000

TOTAL RM 100,000

TOTAL RM 75,000

1 School

Malaysia
Quranic
School Project

MAPIM telah mengasaskan sebuah sekolah pengajian Al-Quran di Azaz dengan menaja keseluran kos operasi. Sekolah ini tampil menjadi antara sekolah terbaik pada tahun lepas dengan kehadiran pelajar mencapai hingga 350 orang. Pelajar yang tamat dihantar ke peringkat seterusnya untuk pastikan generasi Syria ini tidak buta huruf. Kos tajaan sebuah sekolah ini berjumlah RM80,000 setahun.

1 Centre

ReActivate
Teacher Training
Centre

MAPIM telah re-activate sebuah pusat pembangunan & latihan khas untuk para guru. Keperluan pendidikan menjadi fokus utama kerana Syria bukan sahaja dibelengu dengan perang namun masalah buta huruf yang tinggi. Para guru dilatih untuk pastikan generasi baru Syria lebih baik dan berpendidikan. Pusat ini diasaskan di bandar Idleb. Kos sekali reActivate pusat ini berjumlah RM 30,000.

12 Months

Sponsorship
For Jilul Quran
School - Aleppo

MAPIM berpeluang menaja kos operasi 1 halaqah di Sekolah Jilul Quran di Aleppo untuk 12 bulan. Sekolah ini diurus tadbir dibawah Sheikh Muaz yang juga merupakan pimpinan Majlis Kesatuan Ulamak Syria (Rabitah Ulama Syria). Diurus bersama sebuah NGO yang diberi nama BONYAN, sekolah ini mempunyai seramai 5400 pelajar secara keseluruhannya. Kos operasi dan tajaan sekolah ini berjumlah RM 50,000

TOTAL RM 80,000

TOTAL RM 30,000

TOTAL RM 50,000

Masalah kekurangan zat kepada bayi menjadi perkara fokus yang perlu segera dibantu. MAPIM sehingga kini hanya berupaya menghantar 835 paxs susu bayi serta susu untuk ibu yang mengandung. Pelarian yang mengandung serta baru lepas bersalin sering berhadapan risiko kematian kandungan dan bayi akibat kekurangan zat serta bekalan susu. Kos tajaan Baby Milk pack ini berjumlah RM 22,000

835 paxs

Baby Milk
Sponsor
Programme

TOTAL RM 22,000

6 Hospitals

Emergency
Medical Support
Project

MAPIM juga telah menyalurkan bantuan kecemasan untuk 4 buah hospital & 2 buah medical points walaubagaimanapun kos tajaan ini jauh tidak mencukupi akibat jumlah pesakit yang terlalu tinggi serta kekurangan bantuan ubat-ubatan serta peralatan yang tidak mencukupi. Sektor perubatan merupakan sektor yang terjejas teruk dan sangat gawat untuk dibantu. Kos bantuan 6 buah pusat perubatan ini berjumlah
RM 100,000

50 Families

Winter Heater
Aid Distribution
Project

Untuk bantuan kecemasan musim sejuk, MAPIM telah menghantar stok bantuan blanket dan juga set pemanas yang menggunakan kayu api serta minyak. Sebuah pemanas berupaya berkhidmat untuk sebuah keluarga Syria yang puratanya 6-7 ahli. Heater ini difokuskan untuk diletak di bilik darjah serta masjid selain dihantar ke rumah-rumah. Kos keseluruhan bantuan alat pemanas untuk musim sejuk ini berjumlah RM 45,000

1000 pcs

Winter Blanket
Distribution
Project

MAPIM telah menghantar stok bantuan blanket khas untuk musim sejuk. Blanket ini sangat terdesak kerana suhu yang sangat rendah menyebabkan anak kecil mudah kaku serta kejang. Projek ini diusahakan bersama beberapa NGO lain yang memberi penekanan khas untuk bantuan selimut ini. Kos keseluruhan bantuan Winter Blanket ini adalah bernilai RM80,000

1 Clinic

Malaysia Maternity Clinic
Project 

MAPIM telah mengasaskan sebuah klinik bersalin dan wad kanak-kanak yang merupakan keperluan terdesak khusunya di dalam Syria. Klinik ini menjadi klinik pertama seadanya berkhidmat untuk 2 negeri iaitu Hama dan Idleb. Kos operasi yang besar diperlukan untuk rawatan serta perubatan Kos permulaan untuk activate klinik ini adalah berjumlah RM 150,000.

TOTAL RM 100,000

TOTAL RM 45,000

TOTAL RM 80,000

TOTAL RM 150,000

RescueSyria Media Coverage

Perkongsian Misi RescueSyria Khas

5628 3463 6987

© 2016 by MAPIM. Proudly created for WWW.MAPIM.ORG

Klik Untuk Dengar Radio Tajaan MAPIM:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.