
MARINA SULAIMAN
By
KENYATAAN MEDIA
KUMPULAN PERTAMA SUMUD NUSANTARA BERLEPAS KE SEPANYOL UNTUK MISI
KEMANUSIAAN GLOBAL SUMUD FLOTILLA (GSF) MEREDAH LAUTAN KE GAZA
SEPANG, 27 Ogos 2025 – Sekretariat Sumud Nusantara Flotilla ke Gaza petang ini
melepaskan kumpulan delegasi pertama mewakili Malaysia yang akan menyertai inisiatif
misi kemanusiaan melalui flotilla ke lautan Gaza, Global Sumud Flotilla (GSF), sebagai misi
advokasi dan solidariti dan usaha kemanusiaan untuk menuntut pengakhiran perang serta
kebuluran dan sekatan bantuan ke atas Gaza.
Sekretariat ini menghimpunkan pelbagai pertubuhan dan gerakan masyarakat sivil,
termasuk MAPIM Malaysia (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia),Cinta Gaza
Malaysia (CGM), gagasan MyAqsa Defender, Cinta Salam Malaysia (CSM) dan banyak lagi.
Nadir al Nuri selaku Global Sumud Flotilla - streeering committe,berkata “Misi ini adalah
sangat penting melibatkan 50 negara yang akan melancarkan puluhan kapal ke lautan Gaza
menuntut agar perang dihentikan, serta koridor bantuan dibuka segera. Justeru mewakili
delegasi Malaysia dan nusantara ini, saya mengajak seluruh pendokong pembebasan Gaza
dan Pelestin untuk terus mengikuti perkembangan, bina momentum di media sosial
berkenaan Gaza dan mendoakan agar misi ini berjaya.”Beliau yang telah berlepas lebih
awal bagi menyelaraskan persiapan bersama kumpulan jawatankuasa induk antarabangsa,
Dato’ (Dr) Sani Araby, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia merangkap Malaysia Chef
de Mission – Global Sumud Flotilla berkata "Kita usahakan misi ini dengan penglibatan dan
sokongan antarabangsa termasuk dari eropah, asia, afrika dan amerika dengan malaysia
menjadi pemandu induk. Misi ini adalah sebahagian usaha pihak dunia untuk menghentikan
perang gaza melalui desakan dan tekanan antarabangsa.Masanya untuk kita bersatu hati
dan beri perhatian kepada Gaza melalui misi yang kami sedang jalankan ini.”
Global Sumud Flotilla merupakan gerakkan dunia dan memilih laut sebagai laluan
kemanusiaan dunia ke Gaza. Misi ini adalah misi non-violent dan juga digerakkan oleh
masyarakat awam yang terdiri dari pihak ahli parlimen, professional, artis dan media
antabangsa, ngo, pembengaruh, aktivis kemanusiaan, dan pelbagai lagi
Pemilihan laluan laut dibuat kerana sekatan Israel dilaksanakan secara total, melalui darat,
laut dan udara, menjadikan bantuan kemanusiaan terhenti dan kebuluran memuncak dan di
istiharkan femine oleh PBB. Kapal-kapal ini bukan sekadar membawa bantuan , tetapi juga
membawa suara kemanusiaan dunia dan tuntutan keadilan.
Misi ini adalah kemuncak aksi selepas sekretariat menganjurkan konvoi sumud nusantara
dan juga Malam Himpunan & selawat MalaysiaKu Bersama Gaza bersempena Karnival
Sumud Nusantara di Dataran Merdeka pada 22-24 ogos yang lalu. Gerakan ini disokong
sepenuhnya oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim yang tegas
memperjuangkan agenda pembebasan Gaza .
Delegasi pertama Malaysia akan berlepas pada 7.30 petang ke Barcelona, Sepanyol
seramai 18 orang dan akan mengikuti taklimat serta latihan khusus oleh pihak sekretariat
induk sebelum berlayar pada tanggal 31 ogos ini. Manakala delegasi Malaysia seterusnya
akan berlepas pada 30 ogos ke Tunisia untuk tujuan yang sama. -Tamat-
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Marina Sulaiman - 016 3022530
MAPIM Malaysia works closely with BeriSalam platform for crowdfunding