Misi Bantuan Bencana dalam dan luar negara
Musim sejuk yang ditiba di kem pelarian Syrian bukanlah berita gembira. Musim sejuk yang tiba datang sekali dengan ancaman kebuluran dan kematian. Antara faktor penyumbang adalah keadaan selimut yang sudah tidak berfungi sepenuhnya kerana sudah terlalu lama digunakan. Ada juga selimut yang material yang tidak sesuai.
MAPIM Malaysia mengambil inisiatif sendiri untuk menyediakan selimut yang berkualiti tinggi. Dengan usaha (Dr) Sani Araby dan Mejar Zul Hanis, mencari kilang selimut yang berkualiti di Turki, MAPIM Malaysia dapat menyediakan selimut yang tahan lama dan jahitan yang bermutu.
Selimut MAPIM Malaysia menjadi pilihan utama di kem-kem pelarian Syria kerana ia mampu memberi kepanasan yang diperlukan oleh pelarian.
Penerima Manfaat di Malaysia (2018 - 2020)
8 Negeri di Malaysia
50,000+ penerima
1000+ Foodpack
Bantu Kami untuk Bantu Mereka
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.
Pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik.
"Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia yang lain"
(At-Tabrani)