
MARINA SULAIMAN
By
Misi Malaysia Bebas Gaza Bermula: 15 Wakil Sumud Nusantara Belayar dari Barcelona Bersama 44 Negara
BARCELONA, 31 Ogos 2025 – Detik bersejarah tercipta apabila delegasi Malaysia melalui
Sekretariat Sumud Nusantara yang diterajui Cinta Gaza Malaysia (CGM), MAPIM Malaysia,
Cinta Salam Malaysia dan rakan-rakan NGO, memulakan pelayaran bersama Global Sumud
Flotilla to Gaza dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol. Seramai 15 wakil Malaysia menyertai konvoi laut antarabangsa yang dianggotai lebih 1,000 peserta daripada 44 negara, membawa misi kemanusiaan mendesak pembebasan Gaza daripada kepungan yang telah meragut ribuan nyawa dan menghalang akses bantuan asas. Suara Global, Tuntutan Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menghimpunkan gabungan antarabangsa daripada Eropah, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah. Kesemua delegasi menegaskan prinsip tanpa keganasan serta menekankan bahawa kapal ini berfungsi sebagai usaha dan simbol masyarakat dunia yang enggan berdiam diri terhadap krisis Gaza. Ketua Pengarah Sumud Nusantara merangkap anggota Steering Committee Global Sumud Flotilla (GSF) , Nadir Al-Nuri, menegaskan: “Gelombang solidariti ini adalah sebahagian daripada arus kebangkitan global yang menolak pengepungan ke atas Gaza. Dari Barcelona hingga Kuala Lumpur, dari Asia Tenggara hingga seluruh dunia, kita kena bersatu menuntut hak yang sama: hentikan kebuluran segera, hentikan perang Gaza dan buka sekatan koridor kemanusiaan Rafah.” beliau yang juga ketua pegawai eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) menambah masanya untuk seluruh rakyat malaysia dan dunia bangkit disemua peringkat untuk memberikan sokongan dan tekanan ke atas regim kerana misi ini sedang bermula dan harus berakhir dengan Gaza dihentikan kebuluran dan perang.
Malaysia Bukan Cakap Retorik Tapi Kita usaha bela Gaza secara Nyata
Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia merangkap Malaysia Chef De Mission – Global Sumud Flotilla (GSF), Dato’ Sani Araby, menyatakan: “Sorakan gemuruh bergema ketika Jalur Gemilang berkibar megah dikapal-kapal di Barcelona. Delegasi kita disambut penuh hangat oleh masyarakat antarabangsa kerana Malaysia datang membawa suara Nusantara yang menuntut keadilan untuk Gaza. Misi flotilla ini adalah bukti nyata bahawa dunia sedang bangkit bertindak, bukan sekadar berbicara lagi. Malaysia menjadi tumpuan kerana keberanian yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri selaku penaung Gerakan Sumud Nusantara, menjadikan negara kita dihormati dan dipandang tinggi tidak hanya bercakap namun disusuli dengan aksi yang tegas serta berani dizahirkan di peringkat antarabangsa.
Risiko dan Harapan
Misi flotilla pernah berdepan risiko besar dengan tindakan keras rejim Israel. Namun, penyertaan kali ini diperkukuh dengan strategi diplomatik, sokongan undang-undang, serta penyertaan sukarelawan berpengalaman. Kapal-kapal yang digunakan bersaiz sederhana, dikendalikan sepenuhnya oleh sukarelawan, dengan membawa bahan bantuan asas serta mesej solidariti antarabangsa. Sekretariat Sumud Nusantara menjelaskan bahawa penyertaan Malaysia ini adalah sebahagian daripada gelombang Sumud Global, sebuah arus mobilisasi kemanusiaan yang kini melibatkan lebih 44 negara. Ia membuktikan bahawa perjuangan membela Gaza kini merentasi sempadan bangsa, agama, dan geografi. Semalam, 24 Kapal flotilla berjaya dilepaskan dari Pelabuhan Barselona, Sepanyol ke lautan Gaza dan tidak hanya membawa bantuan kemanusiaan. Ia membawa mesej yang dunia tidak lagi boleh abaikan: Kemanusiaan mesti dipertahankan, laluan bantuan ke Gaza mesti dibuka, dan perang ke atas Gaza mesti dihentikan segera. Fasa seterusnya seramai 15 orang delegasi malaysia kumpulan kedua akan berlepas dari pelabuhan Italy bersama delegasi antarabangsa pada 4 september ini serentak dengan kumpulan ke-3 Malaysia yang kini berada di Tunisia.
Malaysia Suara Nusantara
Delegasi Malaysia menyeru rakyat Malaysia terus mendoakan keselamatan misi ini serta
menyumbang kepada usaha berterusan membebaskan Gaza. “Hari ini kapal kami belayar,
esok suara solidariti Malaysia akan bergema di Gaza. Sejarah akan mencatat bahawa
Malaysia tidak pernah senyap dan terus teguh berdiri bersama Gaza
Video :
1. Thiago Avila komen untuk Malaysia
https://photos.app.goo.gl/o7sCmhY3SKMtNEmg7
2. Yasemin Acar komen untuk PMX dan Malaysia
https://photos.app.goo.gl/DL83w3iQZhfQLD1L9
3. Dato Sani Stand-Upper atas kapal
https://photos.app.goo.gl/XYekHhEY8G3Fu7Ld8
4. Nadir stand-upper di crowd
https://photos.app.goo.gl/R97m84k9dFjH9vsw8
5. Lain-lain
https://photos.app.goo.gl/DzqUx64eNWYDFFq76
MAPIM Malaysia works closely with BeriSalam platform for crowdfunding